PROFIL

1.0 SEJARAH AWAL
Pusat Sumber mula beroperasi sejak sekolah dibuka pada tahun 1960. Menjelang  01.07.1996, Pn. Helmah bt. Hj. Haji telah di lantik sebagai AJK PSS, selepas itu beliau dilantik sebagai guru perpustakaan seterusnya pada akhir bulan oktober 2002, Penyelaras Pusat Sumber telah diambil alih oleh Puan Helmah Hj. Haji dari Maktab Kent Tuaran.

Dengan kerjasama Guru Besar, Sebuah Bilik Khas yang bertaraf sederhana telah berjaya di naik taraf sebagai bilik khas Pusat Sumber Yang Ceria.

Pada mulanya, bilangan pelajar dan warga sekolah yang menggunakan PSS adalah tidak menggalakkan. Walau bagaimanapun selepas pelbagai program pusat sumber dilaksanakan telah berjaya menarik ramai pelajar untuk membaca.


Sesungguhnya pihak sekolah peka dalam menangani masalah kurang minat pelajar untuk membaca dan menggunakan Pusat Sumber sebagai Pusat mencari bahan bacaan dan bahan lain yang mereka perlukan telah berjaya diatasi dan atas inisiatif inilah Pusat Sumber SK. Bugaya menuju kearah kecemerlangan. 


2.0 PUSAT SUMBER SEKOLAH


V I S I
Membudayakan teknologi pendidikan selaras dengan falsafah Pendidikan .

M I S I

Menjadikan Pusat Sumber Sekolah Penyebaran ilmu dan Maklumat


O B J E K T I F
Menjadi Pusat Ilmu
Menyediakan Bahan sumber pendidikan yang terancang,
Melaksanakan semua program dengan cemerlang,
Semua guru dapat menggunakan kemudahan dengan berkesan &
menilai keberkesanan aktiviti setiap panitia matapelajaran


M A T L A M A T  P S S
Menanamkan satu budaya ilmu melalui aktiviti-aktiviti yang dirancang khususnya dalam aktiviti Program Nilam dan menggunakan segala kemudahan yang ada untuk mencapai kecemerlangan sekolah terutamanya Unit Kurikulum.


R A S I O N A L  P S S
Pusat Sumber merupakan pusat penemuan ilmu dan kejayaan, kecemerlangan seseorang merupakan intipati kehidupan.

M O T T O
Membaca berkualiti kearah Kecemerlangan Budaya Ilmu.


3.0 PIAGAM PELANGGAN PSS 

1. Memastikan pengguna mendapat tempat dan ruang yang selesa serta mencukupi
2. Memastikan pengguna mendapat kemudahan bahan bantu yang terkini dan   berkeadaan baik
3. Menyediakan bahan bantu mengajar dan bahan bacaan mencukupi untuk keperluan
4. Menyediakan maklumat relevan dan terkini kepada warga sekolah
5. Sedia memberi khidmat kepakaran dalam penggunaan teknologi pendidikan kepada pengguna dari semasa ke semasa
6. Memberi khidmat, layanan mesra, bersopan dan sentiasa peka kepada masalah pengguna
7.  Menyediakan kemudahan dan menentukan kaedah tempahan penggunaan 
PSS kepada pengguna
8. Membantu memupuk tabiat pembelajaran kendiri, membaca dan menjalankan penyelidikan  melalui pencarian dan penggunaan maklumat secara sistematik.



No comments:

Post a Comment